KENALI WANITA ANDA---
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
so..korang yang mane 1?
Um homem bem vestido é MARAAA
11 years ago
0 comments:
Post a Comment